Sebanyak 6 item atau buku ditemukan

Pemikiran Reka Cipta

Kaedah mengajar dan bahan latihan untuk guru dan jurulatih

Hal yang serupa juga berlaku di negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.
Negara yang tidak ... Oleh sebab gereja menggubal falsafah dan asas budaya
serta pendidikan, maka tradisi perdebatan berjaya dimaktubkan pada setiap
kegiatan intelektual barat. Tradisi intelektual Yunani ini mempengaruhi
perkembangan intelektual Islam. Tradisi barat masuk ke dalam dunia Islam
melalui kegiatan pentetjemahan besarbesaran kitabkitab Yunani ke dalam
bahasa Arab.Itulah logik ...

Kuasai dunia dengan berfikir

Perbezaannya adalah kumpulan kreatif cuba menyelesaikan masalah, bukan
sahaja masalah yang terjadi di tempat kerja masing masing. Pihak pengurusan
syarikatsyarikat Jepun memberikan masalahyang hendak diselesaikan kepada
kumpulankumpulan kreatif. Satu masalah diberikan dalam satu sesiperahotak.
Masalah itu diberikansebelum sesi perahotak dijalankan. Dengan cara itu,
ahliahli kumpulan kreatif itudapat memikirkan masalah itu semasa mereka
berehat dirumah, ...

Yang berat sama dipikul

Munir dan Zaitun, dua beradik yang tinggal di Pertak berusaha mencari jalan membantu Rosli, kanak-kanak yang mereka dan Abu serta rakan-rakannya jumpai di dalam hutan bersekolah semula. Abu, Majid, Yahaya, Rukiah dan Esah sama-sama mengumpul duit bagi dijadikan modal untuk Rosli berniaga, kerana datuk Rosli, Datuk Jalil boleh memasak nasi lemak. Munir, Zaitun dan Rosli sama-sama berganding bahu membina pondok untuk Rosli berniaga di kawasan air terjun yang terdapat ramai orang mengunjunginya. Apabila modalnya cukup, Rosli mula berniaga di kawasan itu. Namun tanpa disangka, ada seorang pemuda nakal mengugutnya menyerahkan wang perlindungan setiap bulan. Apa yang akan Rosli lakukan?

Zaitun, Munir dan Rosli yang berdiri di situ turut bekerja seketika. Selepas itu
mereka terus turut sama mencabut rumput tersebut. Datuk Jalil tersenyum, dan
tidak sedikit pun tahu bahawa kanak-kanak itu datang kerana ingin memberitahu
tentang satu perkara penting. Sesudah mencabut hampir dua baris rumput di
atas batas kebun itu, barulah Rosli menyinggul Munir, menyuruhnya
memberitahu segera. Daripada mata Rosli, Munir tahu bahawa dia meminta
supaya diberitahu pada ...

Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011)

Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik - “Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji - “Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm - “Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim - “Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -

Perniagaan yang paling penting bagi mereka adalah di antara Mekah dan Syam
sedangkan Madinah berada di pertengahan jalan antara Mekah dan Syam.
Setiap kali pedagang mereka ke Syam, mereka disekat di Madinah. Mereka
mahu ...

Super Study: Motivasi super

Anda mahu jadi pelajar super? Apakah cirri-ciri pelajar super? Bagaimana mahu menjadi Pelajar Super? Apa kaitan Modul Super Study dengan Pelajar Super? Dapatkan jawapannya di dalam buku ini! Buku ini adalah komplikasi modul Super Study yang sudah dijalankan sejak 2006. Lima komponen asas Sistem Super Study adalah: Memiliki perancangan yang professional (strategy) dalam pembelajaran dengan 3 strategi belajar: Nota Super, Revisi Super dan masa superMemiliki kemampuan belajar dan memahami sesuatu perkara dengan cepat dan cekap (understanding) melalui 3 proses faham super: soalan minda, bacaan awal dan kata kunci.Memiliki keperibadian (personality) yang unggul dengan 3 nilai super: bertanggungjawab, berwawasan dan berdisiplin.Cekap menjawab peperiksaan (exam skill) dengan 3 tip super exam.Mampu menghafal (remember) apa yang sudah difahami dengan 3 kuasa memori dan 3 teknik memori super.

Anda mahu jadi pelajar super? Apakah cirri-ciri pelajar super? Bagaimana mahu menjadi Pelajar Super? Apa kaitan Modul Super Study dengan Pelajar Super? Dapatkan jawapannya di dalam buku ini!

Tafsir ayat ahkam

huraian hukum-hakam dalam al-Quran

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang benar dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Al-Israa: 9) Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi. Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami. Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.

Mematuhui setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi. Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam.