Sebanyak 14 item atau buku ditemukan

Buat Pahala Free Gaya Rasulullah

Buat pahala memang payah? Melakukan kebaikan itu memang ada masanya sukar. Contohnya mahu bangun solat subuh. Mesti berhadapan dengan air yang sejuk, perasaan mahu tidur, dan 1001 kepayahan. Tetapi akhirnya, kita mendapat pahala dan ketenangan jiwa. Sebaliknya, untuk bangun awal pagi dan melakukan rompakan, adakah ia memang mudah? Adakah si pencuri tidak perlu memakai baju dan sebagainya? Bahkan kadangkala, dia tidak boleh tidur sepanjang malam. Malahan, ada yang dibelasah orang kampung." Jadi benarkah buat pahala memang payah?

Berkelulusan Ph.D. Usuluddin (Al-Quran dan hadith) dari Universiti Malaya,
beliau juga sebelum itu pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam
Antarabangsa pada peringkat sarjana dalam kursus Ilmu Wahyu dan Warisan
Islam dengan pengkhususan dalam bidang hadith (MAIRKH). Ketika di peringkat
sarjana muda, beliau memilih kursus fiqh dan usul, selain turut mengambil
subjek minor dalam bidang psikologi. Dr. Mohd Khairul Nizam berpengalaman
luas dalam bidang ...

Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan: Pesan Allah dan Rasul untuk Dirimu

"Saya amat terkesan dengan salah satu daripada pesanan dalam buku ini, iaitu 'Rasulullah berpesan, dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.' Saya melihat buku ini menghimpunkan 'aksesori' untuk perhiasan seorang gadis solehah. Buku yang sarat dengan pesanan ini mengajak kita 'jom zikir', mengubat hati supaya terus 'la tahzan', dan menginsafi diri supaya kembali kepada fitrah. Sesuai untuk mereka yang bergelar seorang gadis." - Heliza Helmi, Selebriti Tanah Air "Melalui pengalaman menjadi seorang gadis adalah suatu kenangan yang indah, kerana gadis sentiasa ingin melakukan apa yang terbaik untuk semua insan yang berada di sekeliling.Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan ini adalah sangat baik untuk dijadikan pedoman hidup. Pastikan wanita solehah itu adalah diri kalian." - Ummi Rose, CEO Raudatus Sakinah "Kawan-kawan, mari kita mulakan langkah sebagai 'gadis solehah' dengan membaca buku ini." - Nurussyahamah Taqiah, Juara Adik-Adikku Musim ke-3

Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan dalam buku
ini adalah Nabi dan utusan Allah s.w.t. Untuk orang Islam, apabila bertemu
dengan perkataan itu, digalakkan berselawat (berdoa) untuk Baginda. Allah
s.w.t. menyatakan dalam surah Al-Ahzab, ayat56 yang bermaksud, “
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai
orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya.

Tuhan, aku kembali

gua rock, gua beriman

Fitrah manusia, mereka akan sentiasa mahu kembali kepada Tuhan. Inilah kisah penuh inspirasi, penghijrahan Sham Kamikaze, yang kembali menemui fitrahnya. Persoalan bila, bagaimana, dan mengapa penghijrahan itu berlaku, diceritakan kisah demi kisah. Sehingga akhirnya, beliau hidup sejahtera dalam dunia dakwah. Kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai titik mula, kepada sebuah penghijrahan.

Namun, Allah s.w.t., Tuhan yang maha kaya sudah pasti ada perancangan yang
tidak dapat dijangka oleh kita, insan yang lemah. Penghijrahan sebenar Cat
tercetus pada tahun 2010. i-iidayah sampai kepada beliau ketika menemani
seorang sahabat karib ke sebuah butik menjual tudung. Diceritakan, di situ
secara tiba-tiba muncul suatu perasaan luar biasa apabila beliau secara suka-
suka mencuba sehelai tudung. Allah s.w.t. membuka pintu hati Cat untuk terus
bertudung dan ...

Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh

"Apa yang menarik perihal buku ini adalah penulis bukan sekadar mengemukakan fakta-fakta sejarah perihal Sultan Muhammad yang jarang diketahui umum. Lebih daripada itu, penulis berjaya menganalisa dan mengeluarkan pengajaran praktikal bagi diamalkan pembaca. Pembaca merasakan mereka mampu menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mungkin ada peristiwa yang tidak diceritakan dalam novel saya, diceritakan di dalam buku ini. Semuanya hasil kajian beliau yang mendalam. Buku ini adalah pelengkap serta mampu memberikan jawapan kepada anda." -Kata pengantar daripada Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia-

Perempuan itu pun berkata, “Kenapa kamu harus bersusah payah melakukan ini
wahai anakku. Apakah Trabzon berhak ... Sekiranya aku tidak mampu bersabar
dalam menghadapi kesulitan-kesulitan ini, aku tidak layak mendapat gelaran Al-
Ghazi yang sedang aku sandang ketika ini. ... Pemerintahan Usmaniah sehingga
masa keemasannya pada era pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni, mampu
merealisasikan cita-cita umat Islam sejak 700 sehingga 800 tahun lalu. Cita-
citanya ...

Cinta Selepas Nikah

Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.

Nikmatnya Bersedekah

Tanpa membuang masa, dia membubuh racun dalam makanan kedua-dua
rakannya. Lelaki tadi dan perompak yang seorang lagi juga berbincang dan
membuat rancangan, “Ada baiknya kita bunuh sahaja si fulan itu apabila dia
datang ...

10 Tokoh Usahawan Muslimah

10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tokoh yang diketengahkan adalah: Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.) Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.) Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre-CIC) Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi) Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.) Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product) Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.) Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili) Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.) Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.) Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah, dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.

Kita perhatikan bagaimana falsafah dan prinsip perniagaan yang dibawa oleh
Barat. ... menuntut setiap individu berkorban dan berjuang pada jalan Allah
s.a.w. Ia meliputi pelbagai aspek kehidupan, baik secara fizikal, mental, dan
spiritual.

Musafir Cinta

Kesinambungan daripada novel Syahadat Cinta. Kisah Iqbal yang masih mencari diri dan akhirnya di sebuah tempat, di dalam sebuah rumah mewah, iman Iqbal yang baru menyubur kembali dicabar oleh Firman dan teman-temannya. Namun dibalik semua itu tersembunyi suatu rahsia daripada Ilahi, lalu mampukah Iqbal menahan cabaran ataupun menyahutnya dan mampukah dia membongkar rahsia dibalik kejadian itu?

Kesinambungan daripada novel Syahadat Cinta.

50 Misteri Menggemparkan Dunia

Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak, dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasaan tidak keruan. Kita pasti tertanya-tanya, mengapa, dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan, dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai. Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami. Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto, dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: Bahagian 1: Fenomena alam yang penuh misteri. Bahagian 2: Tapak, artifak, dan fosil penuh misteri. Bahagian 3: Kejadian luar biasa dalam kita suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran.

... ayat 7172, Surah AsSyu'arak, ayat 139, Surah Al Qamar, ayat 19, Surah
AlHaqqah, ayat 68 Nabi Salleh Tsamud Madain Shaleh (antara Hijaz dan Syam)
Suarakuatdangempa Surah Hud, ayat 67, Surah AsSyu'arak, ayat 158, Surah
AlQmar ...