Sebanyak 19 item atau buku ditemukan

Kritikan Sastera dalam Teori, Aplikasi dan Tradisi

Kritikan Sastera dalam Teori, Aplikasi & Tradisi, membicarakan bahawa kesusasteraaan dengan pembinaan unsur-unsurnya yang sesuai dan indah tadi menjadi tidak bererti sama sekali kiranya ia disimpan tanpa tersebar kepada khalayak atau pembaca. Hakikat penciptaan sastera adalah untuk dibaca dan dihayati, untuk dirasakan segala keseronokan dan pengalaman baik serta buruk yang tergarap di dalamnya. Selepas penghayatan sedemikian rupa, penciptaan atau karya sastera tidak ditinggalkan begitu sahaja, melainkan dibicarakan pula untuk memperlihatkan reaksi atau tindak balas penilaian pembaca terhadapnya. Ini selalunya berlaku dalam kegiatan yang diistilahkan sebagai kritikan sastera. Melalui kegiatan ini karya sastera yang konkrit diambil untuk dibuat pertimbangan, penilaian dan penganalisisan secara teliti dan mendalam untuk mengetahui kekuatan serta kelemahannya, mengetahui taraf kedudukan dan pencapaian mutu seninya.

Apabila teori-teori baru yang menjadi alat dalam penilaian serta penelitian
sastera, dan kini berkembang pesat serta mendapat perhatian luas, melupakan
manusia dan kemanusiaan, maka ciptaan sastera yang memang dicipta oleh
manusia dan ... Tambahan pula, agama Islam sendiri memang lebih merestui
pengkaedahan dan pendekatan yang demikian, yang bersesuaian dengan
tanggapannya terhadap sastera itu sendiri, iaitu sastera adalah ciptaan seni
yang berfungsi untuk ...

Nasihat Buat Hati

“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?” Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain. Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

Nabi menjawab, 'Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, dan untuk kalangan
pemimpin kaum Muslimin dan orang awam.'. ̋ (Laporan Imam ... Bahkan
terdapat satu surah yang dinamakan Al-Qasas yang bererti “kisah-kisah”, yang
menceritakan kisah-kisah silam para nabi, para wali, dan umat yang terdahulu.
Hal ini di petik oleh Allah s.w.t. dalam surah Yusuf, ayat 111, ̋Demi
sesungguhnya, kisah nabi-nabi itu mendatangkan iktibar bagi orang yang
mempunyai akal fikiran. Bukanlah ia ...

Modul memperkasakan sahsiah waja diri pelajar abad ke-21

Sahsiah merupakan satu entiti penting dalam membentuk akhlak dan tingkah laku individu. Sahsiah diri menampakkan dirinya melalui penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani seseorang individu. Pembangunan sahsiah diri merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhannya Sahsiah Waja Diri (SWD) merupakan satu terminologi baru yang telah mula digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang pendidikan. SWD telah mula mendapat tempat dalam bidang pendidikan dan rangka konsep telah mula dikenali sebagai sebahagian daripada panduan untuk memahami tingkah laku pelajar sama ada di dalam atau di luar kelas. Sering kali SWD kerap dikaitkan dengan unsur pendidikan secara keseluruhan. Keadaan ini adalah kerana proses pendidikan itu sendiri adalah untuk membentuk sahsiah seseorang individu pelajar. Proses pendidikan akan membantu seseorang individu memperoleh keyakinan, pertumbuhan kendiri serta kekuatan dalaman dan luaran dalam menghadapi cabaran masa akan datang terutamanya pada abad ke 21.

Sahsiah merupakan satu entiti penting dalam membentuk akhlak dan tingkah laku individu.

Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini)

Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!

Pada bacaan kedua, kesalahan semakin mengecil dan gaya fasohah sebutan
huruf semakin jelas. Pada kali yang ketiga, lenggok bacaan kita akan semakin
tersusun. Ketika itu, fikiran sudah selesai melakukan proses suai kenal dengan
baris-baris itu sebelum menghafalnya kelak. Kita disarankan supaya tidak
membaca terlalu perlahan, memadai sekitar tiga minit sahaja dihabiskan kerana
kita masih ada tiga tugas lain untuk baki dua minit seterusnya. Lihat tafsir dan
makna tiga ...

Siri Hikayat Teladan: Helang dan Pemburu dan Cerita-Cerita Lain

Siri Hikayat Teladan ini menghimpun kan pelbagai kisah menarik untuk bacaan santai, tetapi berinformasi sesuai untuk kanak-kanak. Siri ini didatangkan dengan enam tajuk yang berlainan dan perlu dimiliki sebagai koleksi untuk bacaan harian kanak-kanak. Banyak pengajaran dan teladan yang dapat diambil daripada kisah hikayat ini. Sifat tamak dan terburu-buru seorang pemburu merugikan diri sendiri apabila helang peliharaannya yang sangat bijak dan cekap berburu mati dibunuh dan tidak dapat membantunya berburu lagi. Kisah Helang dan Pemburu ini dan banyak kisah hikayat lain yang menyeronokkan terkandung dalam buku ini. Milikilah buku ini dan kawan-kawan pasti seronok! Tajuk lain yang terdapat dalam siri ini: Siri Hikayat Teladan: Ayam Tua dan Cincin Ajaib Siri Hikayat Teladan: Memerang yang Berjasa Siri Hikayat Teladan: Rantai Emas Siri Hikayat Teladan: Padi Berbuah Emas Siri Hikayat Teladan: Gadis yang Bijak

Siri Hikayat Teladan ini menghimpun kan pelbagai kisah menarik untuk bacaan santai, tetapi berinformasi sesuai untuk kanak-kanak.

Kamus al-Quran

KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAMUS INI Menyenaraikan makna setiap perkataan yang bersesuaian dengan penggunaannya dalam pelbagai bentuk.Menyenaraikan bilangan perkataan yang diulang di dalam ayat-ayat al-Quran.Menjelaskan makna lafaz al-Quran dengan metode pentafsiran yang ditetapkan oleh sarjana tafsir iaitu:Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran.Mentafsirkan al-Quran dengan al-Ma`thur.Mentafsirkan al-Quran dengan pendapat-pendapat ulama.Tafsir lafaz al-Quran bersandarkan Asbab al-Nuzul (tujuan penurunan ayat) untuk memahami makna perkataan dengan lebih tepat.Menggunakan syair bagi menjelaskan maksud suatu perkataan.Menghuraikan tafsir ayat berdasarkan qiraat (bacaan) yang berbeza. BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAMUS INI: Penggunaan Peribadi: Baca satu entri setiap hari selepas solat Maghrib atau Insyak.Semak setiap ayat yang mengandungi perkataan itu dan kaji penggunaannya dalam setiap ayat. Gunakan terjemahan yang mudah difahami. Salin semula ayat-ayat al-Quran berkaitan dalam buku nota.Ulangkaji dengan membaca ayat-ayat berkaitan dan fahami makna perkataan yang telah dipelajari. Penggunaan Berkumpulan: Setiap ahli kumpulan diberikan beberapa entri tertentu. Setiap ahli mengkaji entri-entri yang diberikan seperti metode kajian untuk penggunaan peribadi.Setiap ahli dikehendaki membentangkan setiap entri dengan terperinci sehingga semua ahli kumpulan memahaminya dengan jelas. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk melatih para pelajar memahami al-Quran.

kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah kerana dengan izin dan rahmatnya,
Jabatan al-Quran dan al-Hadith berjaya menghasilkan dan menerbitkan buku
berbentuk glosari pentafsiran ... vii Rujukan Lengkap Kosa Kata dalam al-Quran
 ...

Kamus Peribahasa Kontemporari Edisi Ketiga

Ini adalah himpunan terbesar peribahasa Melayu yang belum pernah diusahakan oleh mana-mana pihak. Mengandungi lebih 19,000 peribahasa. Peribahasa bersumberkan dari Malaysia, Indonesia dan Brunei. Memasukkan 7,000 peribahasa terbaru yang belum pernah diterbitkan selama ini. Definisi diberikan dengan menggunakan gaya bahasa Melayu tinggi yang mudah dan tepat.

Fiqh Medik Mini

Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini: 1. Adakah berubat itu benar-benar wajib? 2. Bagaimana mengenalpasti darurat yang sebenar? 3. Bilakah masa kita tidak perlu berjumpa doktor? 4. Lemak babi boleh jadi halal? 5. Apakah doa waktu sakit yang mujarab? 6. Bolehkah menderma organ kepada bukan Muslim? 7. Berdosakah kita apabila menggugurkan kandungan? 8. Jampi bagaimana yang diterima Islam? 9. Setakat mana kita boleh mencantikkan rupa? 10. Pandangan mata orang mampu membuatkan kita sakit? 11. Vaksin: Mahu cucuk ataupun tidak?

Antara persoalan yang terjawab dalam buku ini: 1.

Sejarah Arkeologi Nusantara

Sejarah Awal Nusantara: Cerakinan Arkeologi dan Sejarah adalah hasil susunan semula makalah-makalah terpilih yang menggarap beberapa isu penting mengenai politik dan budaya masyarakat Melayu, terutamanya sebelum kurun ke-15 Masihi. Antara topik-topik yang akan dibincangkan adalah sosiobudaya masyarakat Melayu Semenanjung Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam, struktur politik kerajaan Melayu awal dan hubungan diplomatik kerajaan-kerajaan Melayu dengan China. Di samping itu, buku ini turut membincangkan evolusi sistem tulisan Melayu dan penemuan prasasti di Perlis.

Bagi masyarakat Pra-Islam di Semenanjung Tanah Melayu, kadar penembusan
kebudayaan adalah paling minima disebabkan persekitaran ekonomi, ekozon
dan politik yang kurang sesuai untuk penerapan kebudayaan India. Masyarakat
di ...

Adab Berdamping dengan Al-Quran

Melihat hurufnya, mendengar alunan bacaannya, malah membaca isi kandungannya sudah dijanjikan ganjaran yang besar. Apatah sekiranya mentadabbur dan mengamalkan segala suruhannya. Buku Adab Berdamping dengan Al-Quran karga Imam An-Nawawi menggariskan panduan yang jelas berpandukan Al-Quran dan sunnah. Antara topik yang dibincangkan adalah: Mengapa perlu membaca Al-Quran? Apakah yang membuatka 'ulat' Al-Quran begitu istimewa? Adab dan etika pendammping Al-Quran. Ayat-ayat dan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca pada waktu dan keadaan yang khusus.

Mereka mengkhabarkan mereka mahu berjumpa denganku kerana mereka ingin
mengkhatamkan Al-Quran. Doa ketika ... Al-Hakim Abu Abdullah An-Naisaburi
melaporkan melalui sanadnya, apabila Abdullah bin Al-Mubarak r.a. selesai ...