Sebanyak 3 item atau buku ditemukan

Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan Tempatan (Penerbit USM)

Buku berjudul Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan ini mengandungi 15 bab. Kesemua judul saling berkaitan antara sejarah dan antropologi. Tajuk-tajuknya ialah Almanak dan Pelangkah: Panduan Perantau Jawa dan Suku Duano; Sistem Barter Antarabangsa antara Wanita Orang Asli Kuala dengan Penduduk Singapura: Kajian Kes Orang Asli Kuala di Pontian Johor; Keteguhan serta Kecekalan Pendirian Orang Melayu di Australia Barat Kesan Pengaruh Kognitif dan Psikologi; Kearifan Tempatan dalam Ilmu Kecantikan Tradisional dan Transformasinya; Kedinamikan dan Daya Hidup Bahasa Orang Asli Melayu-Proto di Malaysia; Teknologi Perkapalan dan Legasi Pelayaran Melayu di Selat Melaka pada Abad ke-18 dan ke-19; Antu dalam Budaya Tradisi Masyarakat Iban.Tajuk-tajuk lain juga ialah Budaya Kenal-Mengenali sebagai Nilai Kearifan Tempatan di Sabah; “Tangkapan Banyak Kerana Tuah”: Pengetahuan Tempatan dan Amalan Peribumi oleh Nelayan Bandar di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah; Nelayan dan Penangkapan Hasil Laut: Satu Teknik Kearifan Tempatan di Beserah, Pahang; Memartabatkan Masakan Tradisional Berasaskan Ikan Air Tawar di Alam Masyarakat Desa Lenggong, Perak; Asimilasi Budaya Kaum Melayu Terhadap Budaya Kaum Imigran di Malaysia; Asal Usul Adat Minangkabau; Tradisi Meugang dalam Masyarakat Suku Acheh di Kota Medan, Provinsi Sumatera Utara dan Rekonstruksi Epistemologi Pandangan Alam Melayu Islam.Kesemua tulisan ini adalah hasil penyelidikan para akademik dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini. Jadi secara keseluruhannya tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun, hampir kesemuanya mempunyai hubung kait dengan kearifan tempatan. Hal ini tentunya melambangkan sumbangan ilmu masyarakat lampau di rantau ini yang telah berkembang dalam hampir kesemua bidang ilmu. Terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada membaca buku ini. Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia

Buku berjudul Antropologi dan Sejarah dalam Kearifan Tempatan ini mengandungi 15 bab. Kesemua judul saling berkaitan antara sejarah dan antropologi.

Sejarah Arkeologi Nusantara

Sejarah Awal Nusantara: Cerakinan Arkeologi dan Sejarah adalah hasil susunan semula makalah-makalah terpilih yang menggarap beberapa isu penting mengenai politik dan budaya masyarakat Melayu, terutamanya sebelum kurun ke-15 Masihi. Antara topik-topik yang akan dibincangkan adalah sosiobudaya masyarakat Melayu Semenanjung Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam, struktur politik kerajaan Melayu awal dan hubungan diplomatik kerajaan-kerajaan Melayu dengan China. Di samping itu, buku ini turut membincangkan evolusi sistem tulisan Melayu dan penemuan prasasti di Perlis.

Bagi masyarakat Pra-Islam di Semenanjung Tanah Melayu, kadar penembusan
kebudayaan adalah paling minima disebabkan persekitaran ekonomi, ekozon
dan politik yang kurang sesuai untuk penerapan kebudayaan India. Masyarakat
di ...

Kearifan Tempatan: Merekayasa Kearifan Tempatan Budaya, Pelancongan Arkeologi dan Sejarah (Penerbit USM)

Malaysia sememangnya kaya dengan adat, budaya, bangsa dan sebagainya yang lahir daripada kearifan tempatan yang dimiliki masyarakat dahulu dan diteruskan dan diinovasikan oleh masyarakat kini. Bersesuaian dengan pepatah “tiada yang dulu, tiada yang kini”, maka buku ini memuatkan kearifan tempatan yang dimiliki oleh masyarakat dahulu daripada pelbagai sudut seperti undang-undang, ekonomi, pelancongan, makanan tradisional dan persenjataan. Beberapa orang penulis pula membuat perbandingan kearifan yang dimiliki masyarakat dahulu dengan kebijaksanaan masyarakat kini mengolah kearifan tersebut hingga mencetuskan inovasi yang kreatif dan kritis, seterusnya membantu kelangsungan hidup masyarakat kini.

Pendekatan. Penerapan. Pendidikan. Nilai. Menerusi. Pendidikan. Tidak. Formal.
Masyarakat. Melayu. Terdahulu ... Alam Melayu terdahulu pada tahap awal
penerimaan Islam masih berpegang teguh kepada asas pendidikan tidak formal
 ...